- Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi.
- Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum. Selain daripada itu 9 orang Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, (Menteri Besar) dan 2 orang wakil dari Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi.
- Majlis Raja-Raja Melayu akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar imigresen.Residen British digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam Persekutuan
- Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.
- Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-mencrus.
- Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di Persekutuan atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus.
- Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan sehari-hari.
- Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15 tahun berterusan.
- dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan
- Telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.
Persekutuan Tanah Melayu melalui perlembagaannya menjamin hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.[4]
Pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-masing. DYMM Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat istiadat Melayu. Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh Kerajaan British. Perjanjian Persekutuan telah dijadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.[5]
Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu
Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan persidangan pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1948. Ia dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Sir Edward Gent. Turut hadir ialah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tanah Jajahan, Lord Listowel. Dewan Perundangan Persekutuan itu adalah termaktub dalam Bahagian Empat, Perlembagaan Persekutuan 1948. Ahli majlis mestilah terdiri daripada :
- Pesuruhjaya Inggeris sebagai Presiden
- 3 orang Ex-Officio iaitu Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara
- 11 orang ahli rasmi
- 34 orang ahli tidak rasmi.
- 28 orang wakil Melayu termasuk semua Menteri Besar
- 14 orang wakil Cina
- 6 orang wakil India
- 14 ahli bangsa Eropah yang menjadi ahli rasmi.
- Setiausaha Negara A.T. Newboult ialah orang yang pertama berucap
- Dato' Onn Jaafar selaku wakil orang-orang Melayu
- Dr. Ong Chong Keng selaku wakil orang-orang Cina
- S.B. Palma wakil orang-orang India
- Lord Listowel selaku wakil Raja Inggeris
- Presiden Sir Edward Gent.
- 'Standing Committee On Finance'
- Jawatankuasa Pemilihan
- Jawatankuasa Keistimewaan.
Pendaftaran PKMM ditolak
Pada 1950, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menolak pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai sebuah parti politik yang sah. PKMM mempunyai dua sayap iaitu Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar. Asalnya PKMM tidak condong kepada komunisme. Setelah Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presiden PKMM yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini dipengaruhi oleh komunis. Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, dan Dr Burhanuddin Helmi menjadi presiden PKMM yang kedua.Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah pembentukan Melayu Raya iaitu gabungan Indonesia dan Tanah Melayu. Pada Disember 1947, Ishak Haji Mohamed menjadi presiden PKMM ke-3 dan PKMM beralih dari komunisme kepada nasionalistik. PKMM cenderung anti-UMNO dan anti penjajah.PKKM menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat atau singkatannya PUTERA iaitu gabungan Parti-parti Politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action atau AMCJA yang menentang habis-habisan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. PKMM menuduh pegawai-pegawai yangf dilantik dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai 'boneka', menari mengikut rentak 'Pejabat Jajahan'. Bagi PKMM tidak ada unsur "menyediakan Tanah Melayu sebagai kerajaan yang demokratik". [7]
No comments:
Post a Comment